Selasa | 06/10/2026 | 7:53:23 am
HomePendidikanEmas SUKIPT jadi pemanas badan Hoe Yean menuju Sukan Asia

Emas SUKIPT jadi pemanas badan Hoe Yean menuju Sukan Asia

KUALA LUMPUR – Perenang kebangsaan, Khiew Hoe Yean menjadikan penampilan di Sukan Institusi Pendidikan Tinggi (SUKIPT) 2026 sebagai medan penting menguji tahap persiapannya menjelang Sukan Asia yang bakal menjadi fokus terdekatnya.

Mewakili UCSI University, Hoe Yean membuktikan statusnya sebagai antara perenang terbaik negara apabila meraih pingat emas dalam acara 200 meter (m) kuak lentang lelaki.

Lebih bermakna, kejayaan itu hadir selepas beliau sudah lama tidak beraksi dalam acara berkenaan pada kejohanan kompetitif, sekali gus memberi petunjuk positif terhadap keberkesanan program latihan yang dilaluinya.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|