Shahrol Shiro ‘sound’ Fahmi Reza, kritik tak cukup, tindakan baru penting

0
194

KUALA LUMPUR – Pelawak dan usahawan terkenal, Shahrol Shiro, 41, atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi, tampil mengulas ciapan aktivis seni dan pelukis grafik politik, Fahmi Reza, yang mencetuskan perbincangan hangat di media sosial.

Dalam hantaran di akaun Instagram miliknya, Shahrol menegur pendekatan kritikan Fahmi Reza terhadap Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan menekankan bahawa kritikan perlu disertai dengan tindakan yang berkesan.

“Aku dulu pun punk jugak la, jiwa memberontak tu kuat. Sikit-sikit kritik tapi lama-lama macam anjing menyalak bukit je la. Betulkan dengan tindakan itu baru steady bro. Fahmi Reza kamu boleh kritik tapi apa tindakan selepas itu,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here