Rombakan Kabinet: Ini senarai lengkap menteri, timbalan baharu

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan rombakan dan pelantikan baharu melibatkan beberapa jawatan menteri dan timbalan menteri dalam Jemaah Menteri.

Menurut beliau, penyesuaian itu dibuat susulan beberapa kekosongan jawatan serta keperluan memastikan barisan kabinet mampu memberi tumpuan kepada agenda menjana pertumbuhan ekonomi yang lebih segar dan menyelesaikan permasalahan rakyat.

Antara pelantikan dan pertukaran portfolio yang diumumkan adalah seperti berikut:

1. Kementerian Pendidikan Tinggi
Menteri: Dr. Zambry Abd Kadir
Timbalan Menteri: Adam Adli Abd Halim

2. Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya
Menteri: Tiong King Sing
Timbalan Menteri: Chiew Choon Man

3. Kementerian Komunikasi
Menteri: Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil
Timbalan Menteri: Teo Nie Ching

4. Kementerian Pendidikan
Menteri: Fadhlina Sidek
Timbalan Menteri: Wong Kah Woh

5. Kementerian Perpaduan Negara
Menteri: Aaron Ago Dagang
Timbalan Menteri: Yuneswaran Ramaraj

6. Kementerian Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup
Menteri: Armizan Mohd Ali
Timbalan Menteri: Dr. Fuziah Salleh

7. Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri
Menteri: Johari Abdul Ghani
Timbalan Menteri: Sim Tze Tzin

8. Kementerian Digital
Menteri: Gobind Singh Deo
Timbalan Menteri: Wilson Ugak Kumbong

9. Kementerian Kesihatan
Menteri: Dr. Dzulkefly Ahmad
Timbalan Menteri: Hanifah Hajar Taib

10. Kementerian Pembangunan, Usahawan dan Koperasi
Menteri: Steven Sim Chee Keong
Timbalan Menteri: Mohamad Alamin

11. Kementerian Ekonomi
Menteri: Akmal Nasrullah Mohd Nasir
Timbalan Menteri: Mohd Shahar Abdullah

12. Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Menteri: Arthur Joseph Kurup
Timbalan Menteri: Syed Ibrahim Syed Noh

13. Kementerian Perladangan dan Komoditi
Menteri: Dr. Noraini Ahmad
Timbalan Menteri: Huang Tiong Sii

14. Kementerian Sumber Manusia
Menteri: Ramanan Ramakrishnan
Timbalan Menteri: Khairul Firdaus Akbar Khan

BACA JUGA:  Ariel Fesol Juara Big Stage Alpha

15. Kementerian Belia dan Sukan
Menteri: Dr. Mohammed Taufiq Johari
Timbalan Menteri: Mordi Bimol

Perdana Menteri menegaskan rombakan ini diharap dapat memperkukuh keupayaan kerajaan dalam menangani cabaran semasa serta memastikan kesejahteraan rakyat terus menjadi keutamaan.

Semua menteri dan timbalan menteri lantikan baharu dijadualkan menghadiri upacara angkat sumpah jawatan di Istana Negara pada jam 10 pagi esok.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...