17 das meriam dilepaskan, Putera Mateen sambut kelahiran cahaya mata perempuan

BANDAR SERI BEGAWAN – Isteri kepada Putera Brunei, Paduka Seri Pengiran Muda Abdul Mateen, iaitu Paduka Seri Pengiran Anak Isteri Anisha Rosnah Adam, selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama mereka pada awal pagi tadi.

Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri oleh Puteri Anisha menerusi satu hantaran di laman Instagram miliknya, sekali gus mencuri perhatian ramai termasuk dalam kalangan rakyat Brunei dan peminat keluarga diraja.

Sebagai tanda meraikan kelahiran cucunda diraja, sebanyak 17 das tembakan meriam telah dilepaskan di pekarangan Istana Nurul Iman, selaras dengan adat istiadat Diraja Brunei.

Ruangan komen di media sosial turut dibanjiri ucapan tahniah dan doa daripada warganet yang berkongsi rasa gembira atas kelahiran ahli baharu dalam keluarga diraja berkenaan.

Untuk rekod, Pengiran Muda Abdul Mateen merupakan anakanda ke-10 daripada 12 orang adik-beradik dan putera keempat kepada Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah.

Pasangan diraja ini yang sebelum ini dikenali sebagai rakan sejak kecil telah selamat diijabkabulkan dalam satu istiadat perkahwinan diraja pada 11 Januari 2024.

BACA JUGA:  Lelaki cari ‘peneman’ tarawih, mahu wanita berbeza setiap hari
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...