Ahad | 11/10/2026 | 8:16:39 am
HomeAhadKelibat pocong di Parit Buntar rupanya remaja buat 'prank'

Kelibat pocong di Parit Buntar rupanya remaja buat ‘prank’

KUALA LUMPUR – Ketakutan penduduk di sekitar Kampung Kuyung dan Parit Kasar susulan dakwaan kemunculan pocong sejak beberapa hari lalu akhirnya berakhir apabila individu yang menyamar sebagai entiti tersebut berjaya dikenal pasti, sekali gus membongkar hakikat sebenar di sebalik kejadian itu.

Pendedahan itu dibuat menerusi satu klip video yang dikongsikan pemilik akaun TikTok Solo Ambush yang menjalankan siasatan selepas menerima pelbagai aduan daripada penduduk setempat mengenai kelibat pocong yang didakwa ‘mengamuk’ di kawasan berkenaan.

Menurut Solo Ambush, hasil pencarian membawa kepada penemuan individu terbabit di Kampung Parit Sasar sebelum dia bertindak mengejarnya bagi memastikan kebenaran dakwaan tersebut.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Ahad, 11 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|