Baju S jadi XL, Meerqeen sanggup gemuk demi watak rahsia

SHAH ALAM – Pelakon popular, Meerqeen, mengambil langkah drastik menaikkan berat badan sehingga mencecah 90 kilogram demi menjayakan watak dalam sebuah filem terbaharu yang disifatkannya sebagai antara projek terbesar dalam kerjaya seni lakonannya setakat ini.

Meerqeen atau nama sebenarnya Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam, 24, berkata perubahan fizikal tersebut bukan dilakukan secara sembarangan, sebaliknya melalui perancangan teliti bersama pasukan profesional.

“Dulu berat saya 74 kilogram dan sekarang sudah mencecah 86 kilogram. Saya akan terus naikkan sehingga 90 kilogram sebelum menurunkannya semula ke sekitar 75 kilogram.

“Dulu baju saiz S, sekarang sudah XL. Semua ini memang dalam proses persediaan untuk watak baharu saya. Ini bukan untuk diri saya, tetapi sepenuhnya untuk karakter tersebut.

“Segala perubahan fizikal yang orang nampak adalah demi watak yang bakal saya jayakan. Saya tidak melakukan seorang diri. Saya bersama pasukan profesional berpengalaman. Mereka menjaga aspek pemakanan, rutin latihan serta aktiviti saya di gimnasium. Semuanya dilakukan secara terancang dan profesional,” katanya ketika ditemui pada majlis Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2025 yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, malam tadi.

Dalam pada itu, Meerqeen mengakui dia sengaja mengurangkan penggunaan media sosial selepas menyedari perubahan fizikalnya berkemungkinan mengundang salah faham serta tohmahan segelintir pihak.

“Peminat saya faham, tetapi orang luar yang tidak mengikuti saya di media sosial atau mungkin haters kata tubuh saya nampak gemuk tidak seperti dulu kerana penyakit.

“Rasa tak mahu layan atau takut tidak mahu teruskan menyebabkan saya pernah beritahu mahu berehat seketika daripada media sosial. Saya sudah jangka perkara ini akan berlaku.

“Sekarang ‘screen time’ saya daripada 12 jam, jadi enam jam atau kurang. Itu pun untuk hal penting seperti memuat naik hantaran berkaitan kerja dan perkara yang memang wajib saya lakukan,” jelasnya.

Mengulas lanjut mengenai projek terbaharu itu, Meerqeen bagaimanapun belum bersedia mendedahkan judul filem berkenaan dan memaklumkan dia tidak menerima sebarang tawaran lain sehingga memasuki set penggambaran sekitar Julai depan.

BACA JUGA:  Ceknen nafi ada akaun kedua, bengang gambar disalahguna \'scammer Khairy Mateo\'

Dalam perkembangan sama, aktor tersebut turut mencuri perhatian apabila dinobatkan sebagai pemenang utama pada malam Anugerah Gempak Most Wanted Awards 2025, sekali gus mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai antara pelakon muda paling berpengaruh masa kini.

Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...