“Benda baik kita aminkan”, Que Haidar tak tolak andai berjodoh dengan Fazura

SHAH ALAM – Pelakon terkenal, Que Haidar tidak menolak sekiranya ada jodoh antara dirinya bersama aktres dan usahawan popular, Nur Fazura.

Menurut Que atau nama lengkapnya Tengku Iskhan Shah Tengku Haidar, dia hanya mampu mengaminkan doa-doa baik yang dititipkan peminat terhadap dirinya.

“Benda yang baik-baik kita aminkan. Itu je. Sebagai manusia, kita memang nak benda yang baik berlaku dalam hidup kita. Semua orang pun rasa macam tu. Jadi, apa yang baik-baik, alhamdulillah.

“Jodoh kita tak boleh tolak. Jodoh Allah yang atur. Macam mana nak tolak jodoh? Ajal pun kita tak boleh tolak atau lambat-lambatkan. Jadi benda tu memang tak boleh kawal. Jodoh, ajal kita… memang tak boleh kawal,” katanya ketika ditemui media.

Dalam pada itu, Que turut berkongsi mengenai pertemuannya semula dengan Fazura selepas sekian lama tidak bersua.

“Kerjalah. Saya dengan Faz, kita dah kenal lama. Tapi dah lama tak jumpa pun. Bila jumpa balik saya malu, itu je yang saya boleh gambarkan,” ujarnya ringkas.

Tambah Que, walaupun sudah lama tidak bertemu, personaliti Fazura masih kekal seperti dahulu dan tidak banyak berubah.

“Sangat friendly. Daripada saya kenal dulu, walaupun dah lama tak jumpa, masih orang yang sama. Tak ada perubahan personalitinya.

“Dia baik. Kalau nak banding pun, dia orang yang sama je. Malah mungkin bertambah matang lagi,” jelasnya lagi.

Terdahulu, Que Haidar dan Fazura bergandingan sebagai duta serta menghasilkan kandungan kreatif bagi sebuah jenama pakaian tempatan. Keserasian mereka nyata mencuri perhatian apabila ramai peminat menyukai gandingan tersebut dan mendoakan yang terbaik buat kedua-duanya.

BACA JUGA:  \"Mama hanya minta RM110\", Faiz Aizif hulur RM1,000 buat beli baju dan kasut
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Agong, Raja Permaisuri hargai kesabaran dan jasa guru

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan...

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...