Netizen terkejut, penyondol tak semuanya jahat sebab…

KUALA LUMPUR – Drama Sujud Terakhir Encik Norman (STEN) terus mencuri perhatian penonton dari episod ke episod. Fokus hangat kebelakangan ini adalah watak penyondol dan kelainan penceritaan yang dibawakan oleh pengarah terkenal, Shahrul Ezad.

STEN, yang memulakan tayangan pada 4 Februari lalu, sudah menjadi buah mulut ramai peminat drama televisyen tempatan.

“Kalau cerita Shahrezad Mohammadien tak pernah tak menarik dan special.” kata Nailofar Annuar.

Kenyataan ini membuktikan pengaruh pengarah yang juga dikenali dengan nama Budakijat, yang sentiasa mempersembahkan kelainan unik dalam setiap naskhahnya.

“Jika mahu tahu kena tonton kerana anda akan menemukan banyak kejutan dan pengajaran dalam naskhah ini,” ujar Budakijat, menambah lagi rasa ingin tahu penonton terhadap jalan cerita STEN.

Salah satu topik yang paling mendapat perhatian adalah perdebatan mengenai watak penyondol. Sesetengah penonton merasa kelainan ini menimbulkan pelbagai reaksi di media sosial.

“Sumpah la how dare orang yang tulis skrip ni, Penyondol kena la feeling perfect supaya dicintai, bukan sebab kesian suami tak dihormati. Second, how dare suami rasa dayus tapi tak nak lepaskan isteri sebab sayang tapi kawin lain??? So tak masuk akal…” kata seorang netizen.

Manakala seorang pengguna lagi pula menulis dengan nada lucu.

“Penyondol ni dah jadi hantu pun tetap jahat kan 😂 nak menang sendiri jugak,” yang secara sinis menggambarkan sifat watak tersebut.

Antara babak yang menarik perhatian adalah adegan antara Aidil Aziz, Sharifah Sakinah dan Trisha Ooi. Trisha Ooi, yang memegang watak penyondol bernama Alisa, menekankan bahawa tidak semua penyondol itu jahat. Niat watak Emma hanya berasa kasihan terhadap Norman kerana suaminya merasa tidak dihormati oleh isterinya sendiri, yang terlalu obses dengan kejayaan dunia.

BACA JUGA:  Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, buka ruang ahli suarakan hala tuju parti

Dalam adegan yang sama, watak Emma lakonan Sharifah Sakinah membalas dengan penuh emosi, “Kau guna alasan untuk halal niat kau dan sondol suami aku,” yang mencetuskan perbincangan hangat di kalangan penonton.

STEN, terbitan Radius One, bakal bersiaran setiap Rabu dan Khamis menerusi slot DramaVaganza pukul 9 malam di Astro Ria. Drama 28 episod ini mengetengahkan tema keagamaan, hubungan kekeluargaan, dan pengorbanan, serta boleh ditonton secara penstriman melalui Astro GO dan Sooka.

Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...

Malaysia perkukuh peranan ASEAN hadapi krisis tenaga global – Anwar

KUALA LUMPUR - Malaysia terus komited memperkukuh peranan dalam...