Suami Heliza Helmi didakwa berniaga sekuriti tanpa lesen sah

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman, 43, pengasas dan Presiden AUF MBZ, hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan menjalankan perniagaan sekuriti tanpa lesen sah.

Mahadi, suami penyanyi dan aktivis Heliza Helmi, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azrul Darus dan Norma Ismail.

Mengikut pertuduhan, Mahadi sebagai wakil syarikat AUF MBZ Consortium PLT didakwa menjalankan perniagaan dalam sekuriti sedangkan syarikat itu bukan pemegang Lesen Perkhidmatan Pasaran Modal dan tidak berdaftar sebagai perniagaan sekuriti.

Kesalahan dikatakan berlaku di sebuah rumah di Bayrocks Garden Waterfront Villa, Sunway South Quay, Subang Jaya antara 14 Jun 2021 hingga 15 Februari 2024.

Kesalahan itu mengikut subseksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (Akta 671) dibaca bersama subseksyen 367(1) akta yang sama, dengan hukuman maksimum denda RM10 juta atau penjara tidak melebihi 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Peguam Datuk Mohd Zamri Mohd Idrus memohon Mahadi dibebaskan dengan jaminan kerana bimbang janggut anak guamnya akan dipotong jika ditahan.

Beliau juga menekankan Mahadi memberi kerjasama sepanjang siasatan, membantu menguruskan jemaah umrah, dan menanggung ibu yang menghidap kanser serta keluarga mentua.

Sementara itu, pendakwa Suruhanjaya Sekuriti (SC), Danial Imran Nasaruddin, memohon mahkamah mempertimbangkan kepentingan awam dan keyakinan pelabur sebelum membenarkan jaminan.

Pendakwaan mencadangkan jaminan RM250,000 dengan dua penjamin, penyerahan pasport, serta laporan diri sebulan sekali di pejabat SC.

Mahkamah akhirnya membenarkan Mahadi dijamin RM50,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin serta syarat tambahan seperti dicadangkan pendakwaan.

BACA JUGA:  Lelaki kantoi rakam bawah ‘skirt’ wanita dalam LRT
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...