Selasa | 06/10/2026 | 8:10:06 am
HomeNasionalPamer kalimah Allah, Muhammad tapi tiada sijil halal, DNA babi pula dikesan...

Pamer kalimah Allah, Muhammad tapi tiada sijil halal, DNA babi pula dikesan dalam kicap

TAIPING – Penemuan DNA babi dalam dua botol kicap antara hasil pemeriksaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) terhadap sebuah restoran sizzling di Jalan Kamunting di sini yang turut didapati mempamerkan kalimah Allah dan Muhammad meskipun bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Pemilik restoran berkenaan didenda RM18,000 oleh Mahkamah Sesyen Taiping kelmarin selepas mengaku bersalah atas kesalahan di bawah Perintah 4(1) Perintah Perihal Dagangan (Takrif Halal) 2011.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, pemeriksaan dilakukan sepasukan anggota Bahagian Penguat Kuasa KPDN Cawangan Taiping pada 1 Januari lalu kira-kira pukul 1.16 petang.

Wartawan MYBERITA
Wartawan MYBERITAhttps://portalmyberita.com/
Wartawan MYBERITA membawakan laporan berita semasa, nasional dan perkembangan terkini dari seluruh Malaysia dengan penyampaian yang pantas, tepat dan mudah difahami.
RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|