Ustaz Wadi Annuar tegur jemaah wanita enggan rapatkan saf, kongsi peringatan tentang rahmat Allah

KUALA LUMPUR – Isu jemaah wanita yang didapati enggan merapatkan saf ketika menunaikan solat tarawih di beberapa masjid sejak kebelakangan ini mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Wadi Annuar.

Menerusi satu perkongsian di platform media sosial Threads, beliau menegur golongan Muslimat agar mengambil serius perkara tersebut kerana merapatkan saf bukan sekadar melibatkan susunan fizikal, sebaliknya berkait rapat dengan soal rahmat Allah SWT.

View on Threads

Menurutnya, saf yang terputus-putus dan tidak lurus sebenarnya memberi kesan kepada kesempurnaan ibadah yang dilakukan secara berjemaah.

“Merapikan saf bukan sekadar soal susunan fizikal dan hati, ia soal rahmat. Jika kita membiarkan saf terputus-putus dan bengkang-bengkok, kita sebenarnya sedang menjauhkan diri daripada rahmat-Nya,” jelas beliau.

Dalam masa sama, beliau turut berkongsi potongan hadis Rasulullah SAW yang menekankan kepentingan meluruskan dan merapatkan saf ketika solat berjemaah.

Antara maksud hadis tersebut ialah supaya jemaah meluruskan saf, menyamakan bahu, menutup ruang kosong serta tidak membiarkan celahan yang boleh menjadi gangguan syaitan.

Hadis itu juga menyebut bahawa sesiapa yang menyambungkan saf akan disambungkan dengan rahmat Allah, manakala yang memutuskannya akan diputuskan daripada rahmat-Nya.

Mengulas lanjut, beliau berharap bulan Ramadan yang bakal tiba dapat dijadikan peluang untuk umat Islam memperbaiki mutu ibadah serta meningkatkan keimanan.

“Mari kita jadikan bulan mulia ini sebagai titik perubahan dan pembaikan dalam ibadah kita. InsyaAllah,” katanya.

BACA JUGA:  Ustaz Wadi Annuar tegur usahawan promosi baju raya langgar syariat
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...