“Saya tak larat!” , Hafiz Hamidun berang identiti diguna sindiket ‘love scam’

KUALA LUMPUR – “Saya tidak larat dengan perkara ini setiap hari!”

Itu luahan tegas penyanyi dan komposer terkenal, Hafiz Hamidun, yang mendedahkan identitinya kini giat disalahgunakan sindiket penipuan atau ‘love scam’ bagi memperdaya wanita di media sosial.

Lebih mengecewakan, wajah anak serta ahli keluarganya turut dijadikan ‘umpan’ oleh akaun palsu di platform seperti TikTok, Facebook dan Instagram untuk meyakinkan mangsa sehingga ada yang mengalami kerugian wang dalam jumlah besar.

Hafiz, 42, menerusi satu hantaran video di Instagram, menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan kata-kata manis individu yang menyamar sebagai dirinya.

Menurutnya, taktik licik penipu terbabit biasanya bermula dengan menggunakan gambar dan visual peribadinya sebelum mengajak mangsa beralih ke aplikasi WhatsApp untuk memulakan perbualan yang lebih peribadi.

“Kenapalah anda semua sampai memberikan nombor WhatsApp kemudian berkomunikasi dengan orang-orang itu sehingga sudah tertipu dan kehilangan wang yang banyak?
“Selepas ambil nombor telefon, dia akan bercakap perkara manis. Kadang-kadang bahasanya pun bukan seperti bahasa saya sebagai orang Malaysia, malah bukan Bahasa Melayu pun. Dia buatkan anda jatuh cinta, kemudian anda jadi mangsa love scam,” katanya.

Penyanyi lagu Zikir Dikir itu turut memaklumkan menerima terlalu banyak aduan setiap hari, termasuk daripada mangsa di negara jiran seperti Indonesia.

“Saya lihat ramai yang sudah terkena setiap hari, terlalu ramai, terutamanya dari Indonesia. Saya harap anda semua yang sudah terkena dengan akaun palsu seperti ini, tolong lakukan sesuatu. Laporkan akaun itu, sekat dan jangan layan,” katanya.

Dalam video sama, Hafiz menasihatkan pengguna media sosial agar memastikan sesuatu akaun mempunyai tanda pengesahan (verified) dan menggunakan nama sebenar beliau.

BACA JUGA:  Smart City Kuala Lumpur perlu akarnya pada warisan bangsa – PM Anwar

“Selain itu, elakkan berkomunikasi dengan orang tidak dikenali, terutamanya jika diminta berpindah ke aplikasi WhatsApp. Jika sudah kehilangan wang, segera buat laporan polis dan maklumkan perbezaan antara akaun palsu dengan akaun sebenar,” katanya.

Pada masa sama, Hafiz turut memohon maaf kerana tidak dapat membantu dari segi pampasan kewangan kepada mangsa dan menegaskan beliau tidak mempunyai masa untuk berhubung secara peribadi dengan individu tidak dikenali berikutan jadual kerja yang padat.

“Tolonglah, dalam talian jangan percaya perkara yang bukan-bukan. Saya ada banyak kerja dan tidak ada masa untuk dibazirkan dengan berjumpa atau berhubung melalui WhatsApp dengan orang yang saya tidak kenal,” katanya.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...

Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial, Muhammad Hareez Adzrami...

Tiada penyingkiran, Pak Azad & Amarra Sofea terselamat minggu kelima TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan Pak Azad dan Amarra Sofea...

‘Travel around the world’ warnai Hari Guru Sekolah Sultan Alam Shah 2026

PUTRAJAYA - Sambutan Hari Guru peringkat Sekolah Sultan Alam...

Aidiladha di Malaysia disambut 27 Mei ini

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh Malaysia akan...