Penuntut UM maut jatuh dari bangunan kolej kediaman

0
101

KUALA LUMPUR – Seorang mahasiswa Universiti Malaya (UM) dilaporkan terjatuh dari salah satu bangunan kolej kediaman universiti itu dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang tadi.

Menurut kenyataan UM, mangsa telah diberikan bantuan kecemasan sejurus kejadian sebelum dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk menerima rawatan lanjut.

“Pihak universiti memberikan kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam siasatan yang sedang dijalankan. Keutamaan kami pada masa ini adalah memastikan kebajikan serta keselamatan mahasiswa yang terlibat,” kata kenyataan itu hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here