Murid PPKI meninggal dunia akibat jangkitan Influenza A

KLANG – Seorang murid lelaki Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Meru di sini meninggal dunia dipercayai akibat jangkitan Influenza A, awal pagi tadi.

Mangsa, Muhammad Syeikhu Azrin, 8, disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 4.30 pagi, selepas dilaporkan mengalami gejala berkaitan jangkitan tersebut.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S. Vijaya Rao, berkata siasatan awal mendapati mangsa disahkan positif Influenza A sebelum meninggal dunia.

“Seluruh ahli keluarga kanak-kanak itu juga didapati positif wabak berkenaan. Polis menerima laporan mengenai kematian tersebut pada awal pagi dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pihak pasukan kesihatan telah mengambil langkah pencegahan termasuk menjalankan pemeriksaan serta pemantauan bagi mengawal penularan jangkitan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, warga sekolah dan komuniti setempat turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga arwah serta menyeru orang ramai agar lebih berwaspada terhadap simptom jangkitan Influenza A yang kini dilaporkan meningkat di beberapa kawasan.

BACA JUGA:  Impian B-23 Malaysia tercalar, tewas mengejut 0-2 kepada Filipina
Ashrul Aizad
Ashrul Aizad
ashrulaizad@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...