MetMalaysia keluar amaran ribut petir libat lapan negeri hingga 6 petang ini

KUALA LUMPUR – Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda lapan negeri sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan amaran cuaca buruk itu melibatkan Perlis serta Kedah merangkumi Langkawi dan Kubang Pasu.

Turut terjejas ialah Pahang membabitkan Tanah Tinggi Cameron serta Selangor meliputi Kuala Selangor, Gombak dan Petaling.

Di Negeri Sembilan, kawasan yang diramal mengalami cuaca sama ialah Seremban, Kuala Pilah dan Rembau, manakala di Johor melibatkan Kluang, Mersing serta Kota Tinggi.

Sementara itu, di Sarawak, kawasan terkesan termasuk Serian, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei, Sibu, Mukah (Matu) dan Kapit (Song).

Di Sabah pula, amaran melibatkan kawasan Pantai Barat (Ranau), Tawau termasuk Tawau dan Semporna serta Sandakan membabitkan Tongod.

Orang ramai dinasihatkan supaya lebih berwaspada, mengelakkan kawasan rendah yang berisiko banjir kilat serta sentiasa mengikuti maklumat terkini yang dikeluarkan pihak berkuasa. – MYBERITA

BACA JUGA:  Lapan negeri dijangka alami cuaca buruk sehingga 7 malam ini – MetMalaysia
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...