Pertemuan terakhir bersama Awie, tak sangka jadi kenangan kekal – Fadzli Mohamad

RAUB – Kesedihan menyelubungi komuniti Kampung Pamah Kulat selepas lima sekeluarga maut dalam kebakaran tragik yang berlaku awal pagi Khamis lalu, meninggalkan kenangan manis terhadap keluarga yang terkenal dengan sikap ramah dan baik hati.

Mangsa termasuk ketua keluarga, Mohd. Allawi Mohammad, 57, isterinya Zaleha Ibrahim, 45, serta tiga anak mereka, Ruby Batrisya, 17, Ruby Adlina Banin, 14, dan Ruby Azian Barizah, 9, dilaporkan rentung ketika kebakaran melanda rumah mereka pada jam 3.45 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia, Belia, Sukan dan Badan-badan Bukan Kerajaan Pahang, Fadzli Mohamad Kamal, berkongsi video kenangan terakhirnya bersama Allahyarham Mohd. Allawi atau lebih mesra disapa Awie, ketika bertemu di bazar Ramadan Pekan Dong pada 1 Ramadan lalu.

Dalam video tersebut, Fadzli sempat menghadiahkan Awie sehelai apron dan bergurau senda bersama.

“Pertemuan terakhir bersama Allahyarham Awie di hari pertama Ramadan. Ampunilah dia serta maafkanlah kesalahannya,” tulis beliau di ruangan kapsyen Instagram.

Netizen yang mengenali keluarga itu turut berkongsi rasa duka mereka di ruangan komen hantaran tersebut.

“Saya kenal arwah. Memang seorang yang sangat baik. Dia dulu banyak habiskan masa jaga ayahnya yang sakit strok. Semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” kata @Farafilah_adawiyah.

“Wajahnya bersih, aku seperti sedang melihat ahli syurga.” tambah @Ezmanjamali

Tragedi ini meninggalkan kesan mendalam kepada penduduk tempatan yang mengenali keluarga tersebut sebagai insan yang penyayang dan mesra. – MYBERITA

BACA JUGA:  Pelajar UPSI raih rekod 130 sijil kursus atas talian terbanyak dalam masa tiga bulan
Muqri Hafidz
Muqri Hafidz
muqri@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...