Tiada rekod pengislaman penuntut UMPSA terlibat isu hina agama – MUIP

KUANTAN – Semakan terhadap rekod Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) mendapati penuntut Universiti Malaysia Pahang Sultan Abdullah (UMPSA) yang terlibat dalam isu memijak al-Quran dan menghina Rasulullah tidak mempunyai sebarang rekod pendaftaran pengislaman di negeri ini.

Ketua Pendaftar Mualaf Pahang, Dr Asmadi Abdul Rahman berkata, semakan dalaman yang dilakukan setakat ini tidak menemukan sebarang maklumat berkaitan status pengislaman individu terbabit dalam sistem MUIP.

Menurutnya, pihaknya turut mendapatkan bantuan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bagi membuat semakan rentas negeri, namun hasil awal juga tidak menunjukkan sebarang rekod rasmi.

“Setakat semakan dibuat, tiada pendaftaran pengislaman direkodkan di Pahang dan beberapa negeri lain. Jika seseorang memeluk Islam secara sah, sepatutnya ada dalam sistem,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau menjelaskan, setiap individu yang memeluk Islam perlu mendaftar di pejabat agama atau majlis agama negeri bagi memastikan status mereka diiktiraf secara sah dan direkodkan dalam sistem rasmi.

“Kami sudah cuba hubungi beliau untuk mendapatkan pengesahan, tetapi sehingga kini tiada respons diterima. Maklumat tersebut penting bagi membantu proses semakan,” katanya.

Dalam pada itu, Asmadi memaklumkan pihaknya turut berusaha mendapatkan penjelasan daripada pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung susulan kenyataannya yang mendakwa penuntut berkenaan telah memeluk Islam sebelum ini. – MYBERITA

BACA JUGA:  Peguam sahkan tiada ‘tangan-tangan’ tersembunyi dalam proses bedah siasat Zara
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...