“Kalau tak sahih jangan tulis” – Pelakon wanita ketika direman kes tipu tanah RM1.5 juta

SEREMBAN – “Nanti tulis apa yang betul ya, kalau tak sahih jangan tulis, terima kasih.”

Demikian pesan seorang pelakon wanita yang disyaki terlibat dalam kes penipuan membabitkan urusan penjualan tanah lot kurniaan di Selangor yang tidak wujud sehingga menyebabkan kerugian kira-kira RM1.5 juta.

Wanita berusia 35 tahun itu berkata demikian kepada pengamal media ketika dibawa ke Mahkamah Majistret di sini hari ini bagi permohonan reman untuk membantu siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, dia dan suaminya yang berusia 41 tahun tiba di kompleks mahkamah kira-kira pukul 9.15 pagi dengan kawalan polis menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Aruz.

Difahamkan, pasangan terbabit ditahan di sebuah rumah di Hulu Langat, Selangor pada Rabu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Azahar Abdul Rahim berkata, mahkamah membenarkan kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 7 Mac ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

Menurutnya, penahanan suspek susulan laporan seorang lelaki berusia 56 tahun yang mendakwa ditipu dalam urusan mendapatkan tanah kurniaan kerajaan negeri Selangor.

“Mangsa memberitahu pada 21 September 2023 dia telah ditawarkan oleh seorang lelaki untuk mendapatkan beberapa lot tanah di Selangor yang dijanjikan berstatus kurniaan kerajaan negeri.

“Mangsa yang merupakan bekas ahli perniagaan kemudian berurusan dengan suspek dan telah membuat 195 transaksi bermula September 2023 hingga November 2025,” katanya.

Tambah beliau, mangsa mengalami kerugian kira-kira RM1.5 juta susulan urusan tersebut. -MYBERITA

BACA JUGA:  Tiga lelaki pura-pura periksa tong gas cetus kebimbangan penduduk
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...