Lelaki bogel di tepi jalan diberkas, tular di media sosial

KLUANG – Seorang lelaki diberkas selepas dipercayai berkelakuan tidak senonoh dengan berbogel di tepi Jalan Mengkibol di sini sehingga tular di media sosial sejak Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, lelaki berusia 50 tahun itu dikesan tidak berpakaian di tepi jalan kira-kira pukul 7 malam sehingga mencetuskan kebimbangan dalam kalangan orang awam.

Menurut beliau, bertindak atas maklumat awam, pihak polis berjaya menahan suspek di Taman Sunrise Park, Kluang pada pukul 4 petang semalam.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun sekiranya sabit kesalahan. Permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat di Mahkamah Majistret Kluang hari ini untuk siasatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Kes berkenaan kini dalam siasatan dan polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan kandungan tidak senonoh yang boleh mengganggu ketenteraman awam. – MYBERITA

BACA JUGA:  Remaja 15 tahun juara pertandingan memancing, raih RM500,000
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...