Rebah ketika solat Zohor, pemeriksa kira-kira masjid meninggal dunia

PETALING JAYA – Pemeriksa kira-kira Masjid Ahmadi, Rantau Panjang, Klang, Selangor meninggal dunia ketika menunaikan solat Zohor secara berjemaah di masjid berkenaan semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.45 petang, Abu Bakar Ibrahim, 64, yang juga kariah masjid tersebut dilaporkan rebah ketika rakaat kedua solat Zohor sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menerusi satu hantaran yang tular di media sosial @bostammi,  arwah tiba-tiba jatuh ke belakang ketika sedang menunaikan solat bersama jemaah lain.

Seorang kariah masjid yang berada di lokasi kejadian berkata, Abu Bakar dilihat tercungap-cungap beberapa kali sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Perkongsian itu turut mengundang pelbagai reaksi daripada orang ramai yang menzahirkan rasa sedih selain mendoakan kesejahteraan roh arwah. 

“Takziah buat seluruh keluarga Allahyarham,” tulisnya. 

Seorang lagi warganet menyifatkan pemergian arwah sebagai sesuatu yang dicemburui khususnya kerana berlaku pada bulan Ramadan. -MYBERITA

BACA JUGA:  UAI: Wanita haid boleh datang masjid ketika solat raya
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...