Nonny Nadirah dakwa hilang sumber pendapatan, mohon bantuan orang ramai

KUALA LUMPUR – Pelakon dan penyanyi Nonny Nadirah sekali lagi menjadi perhatian apabila mendakwa kehidupannya berubah secara mendadak selepas kehilangan sumber pendapatan termasuk perniagaan dalam talian yang diusahakannya sebelum ini.

Menerusi perkongsian di TikTok, Nonny atau nama sebenarnya Nonny Nadirah Zainuddin, 36, memaklumkan situasi tersebut menyebabkan dia berdepan kesulitan kewangan sehingga terpaksa memohon bantuan orang ramai bagi meneruskan kelangsungan hidup.

“Saya kehilangan segalanya dan sukar untuk saya jelaskan apa sebenarnya berlaku,” katanya dalam sebuah klip video yang dimuat naik di platform tersebut.

Menurutnya, dia mula menjalankan perniagaan sejak tahun 2003 dengan modal sekitar RM200 ketika masih bekerja dari rumah dan belum terlibat secara aktif dalam bidang hiburan.

Nonny yang juga bekas peserta program realiti Akademi Fantasia Musim 5 berkata kehidupan yang dibinanya sejak sekian lama mula berubah selepas pendiriannya menyatakan sokongan terhadap Palestin, yang menurutnya memberi kesan terhadap kerjaya serta sumber rezekinya.

“Saya masih bekerja tetapi selepas saya menyatakan sokongan terhadap Palestin, semua perkara seperti disekat. Kehidupan dan kerjaya saya seolah-olah runtuh sekelip mata,” katanya.

Tambahnya, dia kini berusaha mengumpul dana sebagai salah satu cara untuk menampung perbelanjaan harian buat sementara waktu.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan pengguna media sosial dengan sebahagian memberikan kata-kata semangat dan doa agar pelakon itu kembali bangkit selepas melalui fasa sukar dalam hidupnya.

Namun, terdapat juga segelintir pihak yang mempertikaikan kenyataan tersebut serta meminta penjelasan lanjut mengenai situasi sebenar yang dihadapi.

Setakat ini, usaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada Nonny masih belum berhasil. – MYBERITA

BACA JUGA:  Rezeki saya bukan milik seorang, ada hak orang lain - Zizan Razak
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Insentif RM3 galak kanak-kanak solat subuh berjemaah

PEKAN - Inisiatif menyediakan insentif RM3 kepada kanak-kanak yang...

Bila lagu Jodoh Lebaran ‘Dikelantankan’… reaksi Aisha Retno curi perhatian

KUALA LUMPUR - Sebuah video nyanyian lagu raya popular...

Baru enam tahun dah hafal… Hayder Qhalish buat ramai tergamam baca surah Ad-Dhuha tak tengok Quran

KUALA LUMPUR - Anak sulung kepada pelakon Eyra Hazali,...

Corak sejadah naelofar hangat diperdebat, dakwa ada imej tersembunyi

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial apabila seorang...

‘Masing Masing’ cipta rekod Asia, cecah 200 juta penstriman

KUALA LUMPUR – Penyanyi Ernie Zakri terus mencipta kejayaan...