Raikan anak yatim, tapi tetap dikecam… Atikah Suhaime akui terkilan

KUALA LUMPUR – Pelakon, Datin Atikah Suhaime meluahkan rasa kesal selepas sambutan ulang tahun kelahiran anak perempuannya, Lyla Mulan Teh yang diraikan bersama anak-anak yatim menerima kecaman segelintir pengguna media sosial.

Menerusi perkongsian di laman sosial, Atikah atau nama sebenarnya Nur Atikah Mohd. Suhaimi berkata, dia tidak menyangka niatnya untuk berkongsi kegembiraan dengan kanak-kanak tersebut disalah tafsir oleh sesetengah pihak.

Menurutnya, majlis tersebut berlangsung dalam suasana meriah dengan pelbagai aktiviti sehingga membuatkan kanak-kanak yang hadir enggan pulang awal.

“Mereka nampak bouncy castle, terus tak mahu balik sampai pukul 10.30 malam. Cikgu terpaksa memujuk mereka untuk pulang. Saya pun sempat bermain bersama mereka.

“Mulan suka berkawan. Abang-abang dan kakak-kakak ini semua sangat ramah dan suka melayan Mulan,” katanya.

Dalam masa sama, Atikah turut menjelaskan tindakannya mendukung anaknya sepanjang majlis tersebut bukan bertujuan menunjuk-nunjuk seperti yang didakwa segelintir netizen.

“Saya dukung Mulan bukan sebab mahu tunjuk kemesraan ibu dan anak, tetapi kalau saya biarkan dia berjalan memang susah nak kejar dia,” katanya.

Berkongsi pengalaman itu, Atikah berkata kanak-kanak di rumah kebajikan sebenarnya mempunyai sikap yang sangat positif serta mudah menghargai perhatian yang diberikan.

“Sejujurnya anak-anak ini semua tidak ada pemikiran negatif seperti cemburu melihat orang lain ada ibu bapa. Sebaliknya mereka sangat gembira jika dijemput makan di luar atau meraikan hari jadi,” ujarnya.

Sehubungan itu, Atikah berharap lebih ramai pihak yang berkemampuan dapat berkongsi rezeki dengan meraikan anak-anak di rumah kebajikan pada masa akan datang. -MYBERITA

BACA JUGA:  Bella Astillah sedih, Ayden diejek ‘anak yatim’ di sekolah
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...