Trending di TikTok lagu ‘Raya Kita’ jadi kempen kemas rumah, iklan denggi?

KUALA LUMPUR – Lagu terbaru ‘Raya Kita’ nyanyian penyanyi popular Aina Abdul dan kerjasama ORTM menarik perhatian warganet sehingga menjadi tular di media sosial, khususnya TikTok, sejak pelancaran video muzik rasminya baru-baru ini.

Video muzik rasmi lagu ini menampilkan rentak yang ceria dan mudah diingat, sehingga ramai netizen menyifatkan lagu ini mengingatkan mereka kepada lagu-lagu kempen seperti Tahun Melawat Malaysia atau lagu kesedaran seperti kempen cegah denggi.

Di ruangan komen YouTube, ramai pengguna berkongsi pengalaman mereka dengan lagu ini.

“Memang lagu ni dari RTM. Habislah, kat TikTok relate lagu ni macam lagu untuk kempen-kempen,” kata @epulyanghebat

“Suka tengok content TikTok.. dorang buat macam-macam gaya, ada yang tengah kemas rumah, ada tu balai polis pun guna lagu ni.. yang iklan denggi pun ada.. hehe. Tu tanda lagu ni berjaya tarik pendengar, lebih kepada usik-usik je,” kata @BungaRayaRayaRaya.

“Walaupun lagu ni ramai yang buat parodi, tapi ok la sedap dengar… orang tahu ni lagu Aina nyanyi,” kata @nurulakma7312.

“Kolaborasi ORTM dengan Aina Abdul dah tepat. Video ni antara paling banyak view sepanjang 5 tahun sebelum ini. Tahniah AA dan ORTM. Bagus juga yang viral lagu ni di TikTok,” kata @SdhMY88.

Netizen lain turut menyuarakan harapan agar lagu ini dimuat naik ke platform muzik seperti Spotify supaya mereka dapat menikmati lagu ini ketika balik kampung.

“Masuk dalam Spotify please, nak layan balik kampung nanti,” kata @AfzalNaim6

Selain itu, lagu ini juga dilihat memberi semangat kepada pendengar.

“Bagi saya ini lagu kempen kemas rumah yang sungguh bersemangat. Jom kemas rumah, jom,” kata @norasfarina5033.

Lagu tersebut bukan sahaja menghiburkan, tetapi berjaya menimbulkan interaksi kreatif di kalangan warganet, menunjukkan keberkesanan strategi kolaborasi antara penyanyi popular dan saluran rasmi seperti ORTM.

BACA JUGA:  Penumpang cemas pesawat ke Kelantan terpaksa patah balik ke KLIA sebab...
Lukhman Razif
Lukhman Razif
lukhman@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...