Balik Kelantan jalan masih gelap? Pempengaruh ‘tag’ PMX minta lampu jalan dipasang

KOTA BHARU – Pempengaruh media sosial, Alana Dunsmore menarik perhatian ramai apabila berkongsi video memaparkan keadaan jalan raya yang gelap ketika dalam perjalanan pulang ke Kelantan.

Menerusi perkongsian di TikTok, Alana berkongsi situasi laluan yang bergelap selepas Gua Musang, sambil berharap isu itu dapat diberi perhatian demi keselamatan pengguna jalan raya.

Alana turut menandakan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim, dengan permintaan agar lampu jalan dipasang di laluan utama berkenaan.

“Pretty please can we get lampu on the main road after Gua Musang? Need to be as safe as possible for ore Kelate kelik kampung,” tulisnya dalam ruangan kapsyen.

Alana bagaimanapun menzahirkan penghargaan serta keyakinan bahawa usaha penambahbaikan sedang dilakukan oleh pihak berwajib.

Difahamkan, Alana dalam perjalanan pulang ke kampung halaman suaminya di Kelantan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

@alanadunsmore

@Anwar Ibrahim pretty please can we get lampu on the main road after Gua Musang? Need to be as safe as possible for ore Kelate kelik kampung 🥺🤲🏻 Terima kasih, I’m sure you’re working very hard for that 🥹🇲🇾💪🏼 #Malaysia #Kelantan #GuaMusang

♬ original sound – Alana Dunsmore – Alana Dunsmore

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan warganet yang turut berkongsi pengalaman melalui laluan sama, khususnya pada waktu malam yang disifatkan gelap serta mencabar.

Isu itu sekali lagi mencetuskan perbincangan mengenai aspek keselamatan jalan raya, terutama melibatkan laluan utama yang sering menjadi pilihan perantau untuk pulang ke kampung halaman. -MYBERITA

BACA JUGA:  Haroqs hanyutkan coklat ke laut demi anak-anak Gaza
Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...