Polis berjaya tahan lelaki pukul, terajang isteri mengandung depan pusat hiburan

MELAKA – Seorang lelaki yang dipercayai bertindak ganas dengan memukul serta melanggar kepala isterinya menggunakan motosikal di hadapan sebuah premis hiburan keluarga di Kota Shahbandar, di sini, berjaya diberkas polis pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Christopher Patit berkata, suspek berusia 22 tahun yang beralamat di Telok Mas ditahan kira-kira jam 11 pagi di sebuah rumah di Taman Seri Kemendor.

“Hasil maklumat dan risikan yang dijalankan, polis berjaya mengesan suspek di lokasi tersebut.

“Penahanan dilakukan oleh sepasukan anggota dari Cawangan D8 dan D11, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Melaka,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati suspek yang bekerja sebagai penghantar barang mempunyai empat rekod jenayah lampau, termasuk dua kes berkaitan dadah.

Kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan serta Akta Keganasan Rumah Tangga 1994.

Dalam pada itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah atau mana-mana balai polis berhampiran.

Terdahulu, satu video kejadian tersebut tular di media sosial sejak Isnin lalu, memaparkan seorang lelaki memakai topi keledar bertindak agresif menumbuk, memukul serta menampar seorang wanita sehingga mangsa terbaring.

Sebelum ini, polis giat mengesan suspek selepas disyaki mencederakan isterinya, termasuk menggunakan motosikal dalam kejadian berkenaan.

Ketua Polis Melaka, Dzulkhairi Mukhtar dilaporkan berkata, laporan berhubung insiden itu diterima daripada ibu mangsa berusia 51 tahun selepas video kejadian terbabit tular di media sosial. – MYBERITA

BACA JUGA:  Siti Nurhaliza syukur selamat, hanya alami bengkak kaki lepas kemalangan MEX
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

TARUNG: Unforgiven catat kutipan RM10.5 juta dalam seminggu tayang

KUALA LUMPUR - Filem aksi tempatan, TARUNG: Unforgiven terus...

Giliran Fazley Yaakob, Fariedz pula tersingkir konsert minggu keempat TTMM2

SHAH ALAM - Pasangan bintang program realiti Talk To...

Kes hina Sultan Selangor, “Bukan tangkap hari ini, esok terus tuduh” – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang melengkapkan...

Kes gadis ditikam 61 kali, dakwaan suspek ada kaitan polis tidak benar – Ayob Khan

GEORGE TOWN - Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri...

KJ cadang GST dikembalikan, nama ‘Madani Tax’ pun boleh

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berpandangan...