Wanita terharu rumah diserbu kenalan baharu dari Threads

KUALA LUMPUR – Hasrat seorang wanita untuk memeriahkan suasana Hari Raya di rumah ibunya akhirnya menjadi kenyataan apabila kediaman mereka dikunjungi kenalan dari media sosial selepas satu hantaran tular di Threads.

Menerusi perkongsian oleh Alynn Amalina, dia sebelum itu meluahkan bahawa rumah ibunya sunyi tanpa kehadiran tetamu meskipun pelbagai juadah telah disediakan.

Menurutnya, keluarganya tidak ramai selain saudara-mara berada jauh di Sarawak, manakala mereka menetap di Batu Gajah, Perak.

“Rumah mak saya tak ada orang datang beraya. Mak masak rendang ayam, daging masak hitam, bihun sup tulang, lontong dan banyak kuih raya. Ada ke yang sudi datang beraya?” tulisnya.

Hantaran tersebut kemudiannya menarik perhatian pengguna Threads, khususnya mereka yang berada berhampiran kawasan itu, sehingga ada yang tampil berkunjung ke rumah berkenaan.

Alynn kemudian berkongsi suasana rumahnya yang bertukar meriah dengan kehadiran rakan-rakan baharu yang sebelum ini tidak dikenali.

“Kerja gila raya 2026, daripada orang tidak dikenali kepada keluarga. Mak saya gembira, terima kasih semua yang datang,” katanya.

Malah, ibunya juga dilihat teruja melayan tetamu dan menganggap mereka sebagai “kawan online”, malah merancang untuk menjemput mereka semula pada sambutan Aidilfitri akan datang.

Perkongsian itu turut menyentuh hati netizen yang rata-ratanya meluahkan rasa gembira melihat hubungan persahabatan yang terjalin, sekali gus membuktikan media sosial mampu mendekatkan manusia walaupun bermula sebagai orang asing. – MYBERITA

BACA JUGA:  PPK wanita nekad redah hujan bantu mangsa jatuh gaung
Ezza Azira
Ezza Azira
ezza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...