Batuk lebih dua minggu? Jangan ambil ringan ancaman Tibi yang menular secara senyap

KUALA LUMPUR – Orang ramai diingatkan supaya tidak memandang ringan simptom batuk yang berlarutan melebihi dua minggu kerana ia berpotensi menjadi tanda awal penyakit tuberkulosis (tibi), yang masih menular secara senyap dalam komuniti di negara ini.

Pakar Perubatan Dalaman dan Perubatan Respiratori di Oriental Melaka Straits Medical Centre, Dr Lo Shan Min berkata, walaupun sering dianggap masalah kesihatan biasa, tibi kekal sebagai cabaran kesihatan awam yang memerlukan perhatian serius.

Menurut beliau, sebanyak 596 kes baharu tibi direkodkan di seluruh negara pada Minggu Epidemiologi ke-6 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 3,161 kes setakat ini. Negeri seperti Sabah, Selangor dan Sarawak antara yang mencatatkan kes tertinggi.

Tambah membimbangkan, data daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia menunjukkan Malaysia mencatatkan kadar 122 kes bagi setiap 100,000 penduduk pada tahun 2023, dengan lebih 26,000 kes dilaporkan setiap tahun sejak kebelakangan ini.

Dr Lo menjelaskan, tibi merebak melalui udara apabila individu dijangkiti batuk, bercakap atau bersin. Walaupun tidak semudah influenza atau COVID-19, risiko jangkitan meningkat dalam persekitaran sesak dan kurang pengudaraan seperti rumah, tempat kerja, asrama dan penjara.

Seiring itu, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat turut memaklumkan bahawa bakteria tibi boleh tersebar melalui zarah halus di udara, khususnya dalam ruang tertutup, menjadikan pendedahan berpanjangan sebagai faktor utama jangkitan.

“Penularan biasanya bukan berlaku melalui pertemuan singkat, tetapi akibat pendedahan lama dalam ruang tertutup. Pemahaman ini penting bagi membantu mencegah jangkitan,” katanya.

Antara tanda awal paling lazim bagi tibi paru-paru aktif ialah batuk berpanjangan melebihi dua minggu. Gejala lain termasuk peluh malam, demam ringan, keletihan, penurunan berat badan tanpa sebab serta kahak berdarah atau sakit dada dalam kes lebih serius.

BACA JUGA:  Shuib didenda RM10,000 atas kesalahan promosi vape

Menurut Dr Lo, ramai individu menangguhkan pemeriksaan kerana menyangka ia sekadar selesema biasa, sekali gus meningkatkan risiko penularan kepada orang lain.

Walaupun peningkatan kes mingguan menimbulkan kebimbangan, Dr Lo menjelaskan ia juga berpunca daripada usaha saringan dan teknologi diagnostik yang semakin baik, termasuk ujian molekul pantas dan pengesanan kontak lebih menyeluruh.

“Ini perkembangan positif kerana pesakit dapat dirawat lebih awal dan tempoh penularan dapat dikurangkan,” ujarnya.

Data WHO menunjukkan kadar kejayaan rawatan tibi sensitif ubat mencecah antara 85 hingga 90 peratus jika pesakit mematuhi rawatan standard selama enam bulan.

Dalam pada itu, Dr Lo menegaskan kesedaran awam, pengesanan awal dan sikap bertanggungjawab amat penting bagi mengekang penularan penyakit ini.

Langkah mudah seperti menjalani pemeriksaan jika mengalami batuk berpanjangan, mengamalkan etika batuk dan menjalani saringan kontak mampu membantu membendung penularan tibi yang masih menjadi ancaman kesihatan masyarakat.

Sumaiyah Safiah
Sumaiyah Safiah
saf@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...