“Tiba-tiba keluar seketul”, benda asing ditemui dalam santan kotak ternama

KUALA LUMPUR – Beberapa pengguna media sosial meluahkan kebimbangan selepas mendakwa menemui ketulan pelik dalam produk santan kotak jenama popular, sekali gus menimbulkan persoalan dalam kalangan pengguna mengenai kandungan sebenar produk

Gambar tersebut mula tular selepas dimuat naik di platform Threads oleh pengguna yang meminta penjelasan berhubung benda asing yang ditemuinya dalam produk berkenaan.

Menurutnya, ketulan tersebut ditemui selepas santan kotak yang dibelinya dituangkan ke dalam mangkuk sebelum digunakan dalam masakan.

“Boleh tolong jelaskan tak apa benda ini? Tergerak hati nak tuang santan dalam mangkuk dahulu. Tiba-tiba keluar ketulan ini. Sebelum ini saya terus tuang dalam masakan,” katanya.

Tinjauan di ruangan komen mendapati pelbagai reaksi daripada pengguna lain yang mendakwa turut pernah mengalami kejadian sama, malah ada yang menyatakan penemuan tersebut bukanlah sesuatu yang baharu.

Rata-rata pengguna cuba meneka benda asing itu sama ada ia merupakan kulat, cebisan kulit kelapa atau bahan asing lain yang tidak dapat dikenal pasti.

Seorang pengguna berkongsi pengalamannya menemui ketulan hitam dalam santan yang pada awalnya disangka kulat, namun kemudian membuat aduan kepada syarikat dan menerima gantian produk baharu.

“Seram. Saya jumpa cebisan hitam. Ku sangkakan kulat kelapa. Rupanya macam isi daging binatang. Saya buat aduan kepada syarikat santan itu, dapat gantian balik,” kata seorang pengguna. 

Seorang lagi pengguna pula mendakwa pernah menemui objek menyerupai cebisan tempurung kelapa kering sehingga menyebabkan dirinya beralih kepada jenama lain. 

Orang ramai juga dinasihatkan untuk lebih berhati-hati serta segera membuat aduan kepada pihak pengeluar sekiranya menemui sebarang bahan asing dalam produk makanan bagi tujuan siasatan dan penambahbaikan kualiti. –MYBERITA

BACA JUGA:  Ariel Fesol Juara Big Stage Alpha

Syahirah Zakaria
Syahirah Zakaria
syahirahzakaria@portalmyberita.com

TRENDING

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...

“Ada yang manis selain kamu”, ‘Semanis’ jadi kopi pilihan utama pelajar di USM

GEORGE TOWN - Bermula sekadar inisiatif menjana pendapatan ketika...

Rakan universiti sanggup tipu kawan jual tiket ‘travel’ murah, mangsa rugi hampir RM2 juta

KUALA LUMPUR – Seorang individu mendakwa menjadi mangsa penipuan...

Cubaan tidak senonoh terhadap pramugari, lelaki diturunkan dari pesawat

KUALA LUMPUR - Tular di media sosial satu rakaman...