Tiga juara kembali ke pentas akhir AJL40 bersama tujuh finalis lain

KUALA LUMPUR — Tiga nama besar dalam industri muzik tanah air iaitu Dayang Nurfaizah, Aina Abdul dan Marsha Milan berjaya menempah tempat ke pentas akhir Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) bersama tujuh finalis lain.

Dayang, yang pernah menjuarai AJL31 menerusi lagu Lelaki Teragung, kembali mencabar saingan dengan lagu Lemah ciptaan dan lirik Hael Husaini.

Sementara itu, Aina Abdul yang merupakan juara AJL37 menerusi Terus Hidup, mempertaruhkan lagu ciptaannya sendiri berjudul Kamu. Marsha pula, juara bertahan AJL39 dengan lagu Hening Rindu, tampil dengan lagu Tangisan Seorang Pendosa, hasil ciptaannya bersama lirik oleh Hazama.

Dalam perkembangan sama, Wani Kayrie akhirnya berjaya melangkah ke pentas akhir AJL selepas hampir sedekad mencuba. Lagu Cak Cak Cekuk ciptaan Karim Karam, Shane Kennedy dan Iqie Hugh menjadi tiket kejayaannya.

“Ini kali pertama saya masuk AJL selepas sekian lama. Terima kasih rakyat Malaysia yang ‘viralkan’ lagu saya,” katanya ketika berucap pada malam kedua separuh akhir AJL40 di Studio 1, Glenmarie.

Turut mencipta kejutan apabila kumpulan K.O.I berjaya mara ke pentas akhir buat pertama kali menerusi lagu Tiwikarma, ciptaan Zai Hamzah dan Hemo Globin.

Selain itu, lagu Nurcinta nyanyian Amir Masdi yang dihasilkan bersama Edry Abdul Halim turut layak ke final.

Barisan finalis lain termasuk Tak Adil oleh Aisha Retno, Semacam Pandora nyanyian Hazama, serta Ke Mana Ni hasil gabungan Luca Sickta, Kmy Kmo dan Salammusik.

Melengkapkan senarai ialah lagu Lumangad Oku Dika nyanyian dan ciptaan Ryenald Guntabid.

Penjurian AJL40 SA diketuai Mohd Faizal Maas atau lebih dikenali sebagai Acis, bersama barisan juri lain iaitu LY, Ad Samad, Siti Hajar dan Efry Arwis.

BACA JUGA:  Tiket konsert Hael hampir habis terjual, sambutan luar biasa peminat

Program separuh akhir AJL40 dihoskan oleh Fiza Frizzy dan Sissy Iman, manakala Tuju serta Kaka Azraff tampil memeriahkan pentas menerusi persembahan interlud.

AJL40 dijangka menyajikan persaingan sengit apabila barisan finalis kali ini menggabungkan nama besar dan bakat baharu dalam industri muzik tempatan.

Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...