Tiara Jacquelina akui tak tahu anak sertai uji bakat PGLTM, tegas proses pemilihan dibuat telus

SHAH ALAM – Pengarah dan penerbit eksekutif Tiara Jacquelina bagi pementasan Puteri Gunung Ledang The Musical (PGLTM) menjelaskan beliau langsung tidak mengetahui penyertaan anaknya, Mila Mohsin dalam sesi uji bakat produksi tersebut sehingga senarai akhir diumumkan.

Menurut Tiara, tindakan Mila yang merahsiakan perkara itu dipercayai kerana tidak mahu meletakkan dirinya dalam situasi serba salah untuk menilai secara profesional antara seorang ibu dan pengarah produksi.

Katanya, perkara itu hanya disedari apabila nama anaknya tersenarai selepas melalui proses uji bakat bersama peserta lain.

“Saya memang tak tahu dia pergi uji bakat. Bila tengok nama dia ada dalam senarai, saya terkejut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas konsert keenam program Talk To My Manager 2 (TTMM2) malam tadi.

Dalam masa sama, Tiara menegaskan proses pemilihan pelakon utama dibuat secara kolektif oleh panel juri dan bukan keputusan individu, sekali gus menolak dakwaan wujud unsur pilih kasih dalam pemilihan pelakon.

Ujarnya, pendekatan uji bakat terbuka dilaksanakan bagi memberi peluang sama rata kepada semua peserta yang berminat untuk menyertai produksi berkenaan tanpa mengira latar belakang.

“Saya tak mahu keputusan dibuat secara berat sebelah. Sebab itu kita adakan uji bakat dan ada panel yang menilai bersama,” jelasnya.

Tiara turut mengakui pencarian watak utama dalam pementasan tersebut bukan sesuatu yang mudah kerana memerlukan komitmen tinggi dari segi disiplin, latihan serta pemahaman budaya yang dibawa dalam naskhah tersebut.

Beliau menambah, persiapan intensif diperlukan oleh semua calon termasuk latihan vokal dan pembelajaran budaya bagi memastikan kualiti persembahan berada pada tahap terbaik.

Sebelum ini, pemilihan Mila Mohsin bersama penyanyi Aisha Retno sebagai peneraju utama PGLTM mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen, termasuk dakwaan kononnya wujud pengaruh ‘kabel’ dalam keputusan pemilihan.

BACA JUGA:  Cemerlang Matematik A-, ibu hadir terima keputusan SPM arwah anak

Bagaimanapun, pihak produksi sebelum ini menegaskan semua pelakon dipilih berdasarkan proses uji bakat terbuka yang dinilai oleh panel profesional.

Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...