Khamis | 15/10/2026 | 10:36:26 pm
HomeDuniaRupiah jatuh ke paras terendah berbanding Dolar AS

Rupiah jatuh ke paras terendah berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR – Nilai mata wang rupiah Indonesia terus mencatatkan penyusutan apabila jatuh ke paras paling lemah pernah direkodkan pada Khamis, menurut laporan Agence France-Presse (AFP).

Keadaan itu menyaksikan rupiah melepasi tahap psikologi 18,000 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), susulan kebimbangan terhadap tekanan ekonomi negara tersebut yang dipengaruhi oleh peningkatan kos tenaga global.

Rupiah dilaporkan mencecah 18,028 berbanding dolar AS, walaupun bank pusat Indonesia telah melaksanakan beberapa langkah intervensi bagi menyokong kestabilan mata wang tersebut. Secara keseluruhan, rupiah telah susut lebih tujuh peratus tahun ini, menjadikannya antara mata wang berprestasi paling lemah di Asia.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Khamis, 15 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|