Selasa | 06/10/2026 | 7:31:43 am
HomeHiburanFaizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Stacy satukan tiga wilayah di pentas Hari Malaysia...

Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah, Stacy satukan tiga wilayah di pentas Hari Malaysia 2026

KUALA LUMPUR – Tiga nama besar industri muzik tanah air, Faizal Tahir, Dayang Nurfaizah dan Stacy Anam bakal berkongsi pentas sebagai simbol penyatuan Semenanjung, Sarawak dan Sabah pada kemuncak Sambutan Hari Malaysia 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), 16 September ini.

Gabungan tiga artis itu menjadi antara tarikan utama sambutan bertemakan “Malaysia MADANI: Kesejahteraan Dinikmati”, selain persembahan kebudayaan pelbagai etnik yang mencerminkan kepelbagaian masyarakat Malaysia.

Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Kementerian Komunikasi, Harun Ali berkata, pemilihan artis dari tiga wilayah berkenaan membawa mesej perpaduan yang selari dengan semangat pembentukan Malaysia.

RELATED ARTICLES
- Iklan -

Most Popular

Selasa, 6 Oktober 2026 | --:--:-- pagi
CARI DI MYBERITA
|