Pegawai kanan, penjawat awam dan pemilik syarikat direman kes rasuah RM155,000

0
99

ALOR SETAR – Sebut harga pembekalan baju sukan bernilai kira-kira RM155,000 membawa kepada penahanan tiga individu termasuk seorang pegawai kanan sebuah agensi kerajaan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kedah.

Dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 40-an dan 50-an itu ditahan pada petang dan malam semalam ketika hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Kedah.

Kesemua mereka terdiri daripada seorang pegawai kanan agensi kerajaan, seorang penjawat awam dan seorang pemilik syarikat.