Legenda bola sepak negara, Rahim Abdullah meninggal dunia pada usia 77 tahun

KUALA LUMPUR – Malaysia kehilangan seorang lagi legenda bola sepak apabila Rahim Abdullah, 77, meninggal dunia pada awal pagi tadi.

Pemergian Allahyarham, yang pernah menjawat jawatan jurulatih kebangsaan pada tahun 1991, diumumkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam satu kenyataan hari ini.​

Dilahirkan di Nibong Tebal, Pulau Pinang pada tahun 1947, Rahim Abdullah memulakan kariernya sebagai pegawai polis sebelum menceburi arena bola sepak.

Beliau pernah mewakili negara dalam beberapa kejohanan antarabangsa seperti Pestabola Merdeka, Piala Kemerdekaan Vietnam Selatan, dan Kejohanan Ulang Tahun Jakarta.

Kemuncak kariernya adalah ketika mewakili Malaysia pada Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman.​

Jenazah Allahyarham akan disolatkan di Masjid Bukit Aman sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kota Damansara.

BACA JUGA:  Kes rasuah RM2.8 juta: Bung Moktar dan isteri mohon gantung bicara, mahkamah tetapkan 9 April
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...

Nahas latihan kecemasan, tiga pekerja pelantar minyak maut

KUALA TERENGGANU – Tiga pekerja pelantar minyak maut manakala...

Runtuhan besar Filipina, rakyat Malaysia sempat berhubung sebelum ditemui maut

MANILA – Seorang rakyat Malaysia disahkan meninggal dunia selepas...

Suspek kes kurung, liwat remaja 14 tahun berjaya diberkas

KUALA LUMPUR - Pemburuan selama lima hari terhadap seorang...