PRK DUN Ayer Kuning: Penamaan calon bermula esok

TAPAH – Proses penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning akan bermula esok di Dewan Merdeka, Tapah, menandakan permulaan rasmi persaingan merebut kerusi yang kosong susulan kematian penyandangnya pada Februari lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), setiap bakal calon diberikan tempoh sejam, bermula 9 pagi hingga 10 pagi, untuk mengemukakan borang pencalonan sebelum senarai calon yang layak bertanding diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Ahmad Redhauddin Ahmad Shokori.

Setakat ini, tiga parti utama telah mengumumkan calon masing-masing. Barisan Nasional (BN) meletakkan Setiausaha UMNO Bahagian Tapah, Dr Mohamad Yusri Bakir, 54, sebagai calon mewakili Kerajaan Perpaduan. Perikatan Nasional (PN) pula menampilkan Pengerusi PN Tapah, Abdul Muhaimin Malek, 44, manakala Parti Sosialis Malaysia (PSM) mencalonkan Timbalan Setiausaha Agungnya, Bawani KS, 40.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin, 58, yang meninggal dunia selepas bermain bola sepak di Pulau Pinang pada 25 Februari lalu.

Tempoh kempen selama 14 hari akan bermula sebaik proses penamaan calon selesai, dengan hari pengundian ditetapkan pada 26 April, manakala pengundian awal akan berlangsung pada 22 April.

Ketua Polis Perak, Datuk Noor Hisam Nordin memaklumkan bahawa seramai 778 pegawai dan anggota polis akan ditugaskan sepanjang proses penamaan calon esok bagi memastikan kelancaran dan keselamatan.

Sementara itu, cuaca dijangka hujan berdasarkan ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia, justeru orang ramai dan penyokong parti dinasihatkan agar membuat persiapan sewajarnya.

SPR turut memaklumkan bahawa sebanyak tujuh borang pencalonan telah dijual setakat jam 11 pagi tadi, menandakan minat yang tinggi terhadap PRK kali ini yang dijangka menyaksikan pertandingan sekurang-kurangnya tiga penjuru.

BACA JUGA:  Poster tarikh PRU Sabah Ke-17 tular adalah palsu - SPR
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Minyak hampir habis tak halang pemuda ini jadi wira ‘escort’ ambulans ke hospital

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang penunggang motosikal membantu membuka...

Ibu mengaku salah campak bayi dari tingkat 10

JOHOR BAHRU – Seorang ibu muda mengaku bersalah di...

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Anggrek, Azeva terselamat daripada penyingkiran TTMM2

SHAH ALAM - Konsert minggu ketujuh program realiti hiburan...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...