Keputusan SPM 2024 diumumkan 24 April ini

PUTRAJAYA – Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 akan diumumkan pada 24 April ini, melibatkan seramai 402,956 calon yang telah mendaftar menduduki peperiksaan tersebut di 3,337 pusat peperiksaan seluruh negara.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, calon sekolah boleh mendapatkan keputusan SPM 2024 daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10 pagi pada tarikh tersebut.

\”Bagi calon persendirian, keputusan peperiksaan akan dihantar melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar bagi menduduki peperiksaan,\” kata kenyataan itu.

Selain itu, semakan keputusan juga boleh dibuat secara dalam talian melalui pautan https://myresultspm.moe.gov.my atau melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip SPM<jarak>NoKP<jarak>AngkaGiliran dan menghantarnya ke 15888.

Perkhidmatan semakan secara atas talian dan SMS akan diaktifkan bermula pukul 10 pagi, 24 April dan ditamatkan pada pukul 6 petang, 30 April 2025.

Dalam pada itu, KPM turut merakamkan ucapan tahniah kepada semua calon atas keputusan yang bakal diterima.

“Semoga kejayaan yang diraih menjadi pemangkin untuk terus melakar kecemerlangan pada masa hadapan,” tambah kenyataan itu.

BACA JUGA:  Keputusan SPM 2024 catat peningkatan calon cemerlang
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...