Shah Firdaus terajui misi emas Sukan Asia 2026

KUALA LUMPUR – Ketiadaan ikon berbasikal negara, Datuk Azizulhasni Awang dalam skuad kebangsaan membuka laluan buat Muhammad Shah Firdaus Sahrom menggalas tanggungjawab sebagai tonggak utama skuad trek negara bagi menghadapi temasya Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 di Jepun.

Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Datuk Amarjit Singh Gill berkata, keyakinan terhadap kemampuan Shah Firdaus semakin memuncak susulan kejayaannya menjuarai acara keirin pada Kejohanan Piala Negara-Negara UCI di Konya, Turkiye, bulan lalu.

\”Sandaran utama kita pastinya pada acara trek. Shah dan Izzah (Nurul Izzah Izzati Mohd Asri) menjadi harapan besar negara untuk membawa pulang emas di Sukan Asia akan datang,\” katanya ketika ditemui selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Penajaan Jersi Rasmi antara Konfederasi Berbasikal Asia (ACC) dan ISports Wear, kelmarin.

Tambah beliau, pemilihan atlet bagi acara lebuh raya pula akan dilakukan dalam masa terdekat berdasarkan prestasi semasa pelumba.

Pada edisi terdahulu di Hangzhou 2022, kem berbasikal negara membawa pulang empat pingat gangsa Shah Firdaus dalam acara keirin dan pecut individu, trio lelaki (Umar Hasbullah, Muhammad Ridwan Sahrom, dan Muhammad Fadhil Zonis) dalam acara pecut berpasukan, serta trio wanita (Nurul Aliana Syafika Azizan, Nurul Izzah Izzati Mohd Asri, dan Anis Amira Rosidi) dalam acara pecut berpasukan wanita.

Sementara itu, Amarjit turut memaklumkan satu sidang media akan diadakan esok bersama Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh, pihak PKBM serta Azizulhasni sendiri bagi menjawab teka-teki mengenai masa depan pelumba berpengalaman itu yang sebelum ini gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024.

BACA JUGA:  Pasangan panda Fu Wa, Feng Yi selamat dihantar pulang ke China
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...