LGM perkenal langkah baru kawal selia sektor sarung tangan getah demi ketahanan industri

KUALA LUMPUR – Lembaga Getah Malaysia (LGM) terus komited untuk memastikan industri getah negara kekal berdaya saing di pasaran antarabangsa, seiring dengan perkembangan semasa dalam perdagangan global.

Malaysia, sebagai antara pengeluar dan pengeksport utama getah dan produk berasaskan getah, mencatatkan nilai eksport mencecah RM 33.7 bilion pada tahun 2024, dengan sektor sarung tangan getah menyumbang sebanyak RM 15.41 bilion atau 45.8% daripada jumlah tersebut.

Seiring dengan sumbangan besar sektor sarung tangan getah kepada ekonomi negara, LGM telah melaksanakan beberapa inisiatif strategik untuk memperkukuh kawal selia industri ini dalam menghadapi cabaran dan isu-isu yang timbul dalam perdagangan global.

Antaranya, LGM memperketatkan syarat pelesenan bagi aktiviti eksport sarung tangan getah melalui Peraturan-Peraturan Lembaga Getah Malaysia (Pelesenan dan Permit) 2014.

Mulai sekarang, semua syarikat pengeksport sarung tangan getah yang berlesen dengan LGM hanya dibenarkan mengeksport sarung tangan getah yang diperoleh daripada sumber kilang pembuatan tempatan sahaja. Langkah ini diambil untuk menjamin kualiti produk serta memastikan kemampanan industri sarung tangan getah negara.

Di samping itu, tindakan ini juga bertujuan untuk mengelakkan Malaysia daripada menjadi destinasi pengalihan perdagangan (trade diversion) daripada negara lain, berikutan ketidaktentuan dalam landskap perdagangan antarabangsa yang memberi impak langsung kepada rantaian bekalan dan pasaran eksport produk getah.

Kehadiran perubahan dasar-dasar pasaran utama dunia yang memberi kesan kepada perdagangan global berpotensi menyebabkan peningkatan import sarung tangan getah yang boleh menjejaskan daya saing industri getah domestik. Oleh itu, LGM turut menjalankan Operasi Bersepadu bersama agensi-agensi penguatkuasaan lain untuk memperkukuh pemantauan dan penguatkuasaan dalam sektor sarung tangan getah.

Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi serta LGM akan terus memantau perkembangan semasa dalam perdagangan dunia dan sentiasa bersiap siaga untuk melaksanakan langkah-langkah proaktif dalam melindungi kepentingan keseluruhan industri getah negara.

BACA JUGA:  Joging sambil kutip sampah? Ini cara unik Kampus Sejahtera USM bina kesedaran pelajar

Selain itu, mereka juga akan meneliti pendekatan jangka panjang yang sesuai dengan perubahan landskap geopolitik dan ekonomi global bagi memastikan daya tahan dan kebolehpasaran industri getah Malaysia terus dipertahankan.

Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...