MetMalaysia keluarkan amaran ribut petir di 13 negeri

KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran ribut petir melibatkan 13 negeri di seluruh negara, yang dijangka berterusan sehingga pukul 7 malam ini.

Menurut kenyataan MetMalaysia, antara negeri yang terjejas termasuk Kedah melibatkan daerah Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Ribut petir turut dijangka melanda Pulau Pinang, Perak, serta beberapa kawasan di Pahang iaitu Tanah Tinggi Cameron, Jerantut, Kuantan dan Pekan.

“Cuaca buruk itu turut melanda seluruh Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka serta Johor,” kata MetMalaysia.

Di Sarawak, kawasan yang terlibat ialah Sri Aman, Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Mukah (Tanjung Manis), Miri dan Limbang.

Sementara itu, amaran serupa turut dikeluarkan di Sabah yang melibatkan daerah Pedalaman, Pantai Barat dan Kudat.

“Labuan juga dijangka mengalami keadaan cuaca yang sama sehingga 7 malam nanti,” tambah MetMalaysia.

MetMalaysia turut menasihati orang ramai agar berwaspada dan mengambil langkah keselamatan berikutan risiko hujan lebat, angin kencang dan petir yang boleh mengancam keselamatan awam.

BACA JUGA:  Minum arak dilarang di kawasan rekreasi awam – MB Negeri Sembilan
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

PPIP FC pertahan kejuaraan, unggul julang piala SCC 2026

GEORGE TOWN - Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan FC (PPIP...

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...