Asrama di SMK Tinggi Setapak terbakar

KUALA LUMPUR – Asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di Jalan Ayer Jerneh, ibu negara dilaporkan terbakar sekitar jam 9 malam tadi.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur mengesahkan kejadian tersebut, memaklumkan beberapa anggota telah dikerahkan ke lokasi untuk menjalankan operasi pemadaman yang sedang giat dijalankan.

Menurut PGO KL, seramai 91 pelajar yang berada di lokasi kejadian berjaya dipindahkan ke sebuah dewan sekolah berkenaan sebagai langkah keselamatan.

\”Difahamkan terdapat 91 orang pelajar berada di lokasi kejadian.

Bagaimanapun, kesemua mereka telah ditempatkan di sebuah dewan sekolah berkenaan,\” katanya ketika dihubungi pihak media.

Setakat ini, tiada laporan kecederaan diterima.

Punca kebakaran masih dalam siasatan.

BACA JUGA:  Langkawi kembali jadi pusat pelayaran antarabangsa dengan RLIR 2026
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...