McDonald’s ambil tindakan pantas selepas video gelandangan ditendang tular

KUALA LUMPUR  – McDonald’s Malaysia telah mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung satu insiden yang berlaku di restoran cawangannya di Bukit Bintang yang melibatkan beberapa kru didakwa mengasari seorang individu.

Menurut kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram rasmi syarikat itu, McDonald’s Malaysia menyatakan mereka memandang serius isu tersebut dan tidak berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku dalam kalangan kakitangannya.

“Tingkah laku yang dipamerkan tidak mencerminkan nilai kami yang berteraskan rasa hormat, ihsan dan berintegriti. Tindakan disiplin yang sewajarnya telah diambil dan semua individu terlibat telah dihentikan kerja serta-merta,” jelas kenyataan itu.

Pihak McDonald’s turut menegaskan komitmen mereka dalam memastikan persekitaran kerja yang selamat dan menghormati semua pihak, termasuk pelanggan, pekerja serta orang awam.

“Kami tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk pemulauan, kekasaran mahupun layanan buruk yang tidak wajar,” tambah kenyataan itu.

Terdahulu MYBERITA melaporkan, video yang tular dilaman sosial X memaparkan sekumpulan lelaki yang dipercayai pekerja restoran dilihat menghampiri seorang gelandangan di kaki lima dan seorang daripada mereka telah menendang gelandangan itu tanpa sebarang provokasi yang jelas.

Insiden tersebut mencetuskan reaksi meluas dalam kalangan pengguna media sosial yang memuji tindakan pantas McDonald’s dalam menangani isu berkenaan.

BACA JUGA:  Kael bawa pendengar ‘terbang’ dengan ‘single’ baharu "Angkasa"
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...