Polis sambung reman \’CEO Batu\’, bantu siasatan kes mesej, gambar unsur seksual remaja 14 tahun

GOMBAK – Seorang pempengaruh dan Ketua Pegawai Eksekutif yang dikenali sebagai ‘CEO Batu’ ditahan polis dan perintah reman terhadapnya disambung sehingga esok bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar mesej dan gambar berunsur seksual kepada seorang remaja perempuan berusia 14 tahun.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Noor Ariffin Mohamad Nasir, berkata suspek berusia 22 tahun itu sebelum ini telah direman selama empat hari bermula Jumaat lalu dan permohonan untuk menyambung tempoh reman bagi siasatan lanjut telah diluluskan.

“Suspek sebelum ini direman selama empat hari bermula Jumaat hingga hari ini. Susulan itu, polis memohon sambungan reman dan dibenarkan untuk satu hari lagi,” katanya.

Tambah beliau, kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai menghantar beberapa imej tidak senonoh serta mesej berunsur seksual kepada mangsa menerusi aplikasi media sosial sejak awal bulan ini.

Penahanan suspek dibuat selepas ibu mangsa tampil membuat laporan polis berhubung gangguan yang dialami anaknya.

Sebelum ini, penyanyi dan aktivis Caprice mendedahkan beberapa kiriman mesej berbaur lucah yang didakwa dihantar oleh seorang pempengaruh kepada remaja bawah umur tersebut. Caprice turut memuat naik tangkap layar mesej tersebut di akaun Instagramnya setelah dihubungi oleh ibu remaja terbabit yang memohon bantuan selepas anaknya menjadi mangsa gangguan seksual.

Antara bukti yang dikongsikan adalah kiriman mesej disertai gambar tidak senonoh dipercayai dengan niat menunjukkan parut kesan pembedahan.

Polis menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini agar tampil membantu siasatan.

BACA JUGA:  Marissa Dania mohon ruang, sahkan hubungan menuju perpisahan
Nurazmin Afza
Nurazmin Afza
azminafza@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...