Kerajaan henti subsidi ayam, penjimatan disalur semula untuk bantu penternak

KUALA LUMPUR – Kerajaan menegaskan bahawa penamatan kawalan harga dan subsidi ayam sejak 1 November 2023 merupakan langkah strategik bagi memastikan penjimatan yang diperoleh dapat disalurkan semula secara lebih berfokus kepada sektor ternakan negara, kata Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu.

Beliau menjelaskan bahawa keputusan itu membolehkan pelbagai usaha diperkasakan, termasuk membuka semula reban ayam terbiar, menaik taraf kepada sistem reban ayam tertutup dan menyediakan kemudahan pembiayaan kepada penternak untuk meningkatkan kapasiti pengeluaran ayam secara mampan dan berdaya saing.

\”Langkah ini bukan sekadar mengurangkan kebergantungan kepada subsidi semata-mata, tetapi membuka ruang bagi pertumbuhan industri ternakan ayam secara lebih lestari,\” katanya menerusi satu hantaran di Facebook hari ini.

Mohamad turut mengingatkan masyarakat agar tidak mengharapkan hasil segera daripada sesuatu dasar kerana sebahagian inisiatif memerlukan masa – malah beberapa tahun – sebelum kesannya dapat benar-benar dirasai oleh rakyat dan negara.

\”Yang lebih penting adalah hala tuju yang jelas dan pelaksanaan yang konsisten. Rakyat juga perlu bersikap adil dan terbuka dalam menilai setiap dasar kerajaan,\” ujarnya.

Beliau menegaskan bahawa setiap keputusan kerajaan dibuat berdasarkan kajian menyeluruh, sesi libat urus dengan pelbagai pihak, serta pertimbangan ekonomi dan sosial bagi memastikan kesejahteraan rakyat terpelihara dalam jangka masa panjang.

Ketika mengumumkan penamatan subsidi ayam pada November tahun lalu, Mohamad berkata langkah itu dibuat bagi menangani ketirisan subsidi yang turut dinikmati oleh warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

Penjimatan daripada penamatan subsidi pukal itu, jelas beliau, kini membolehkan kerajaan menyalurkan bantuan secara lebih bersasar termasuk melalui bantuan tunai dan inisiatif sosioekonomi lain demi kebajikan rakyat.

BACA JUGA:  Tertembak diri sendiri, anggota polis dirawat di zon merah
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...