Lebih 2 juta kenderaan masuk Kelantan sempena Hari Raya Aidiladha

KOTA BHARU – Dianggarkan lebih dua juta kenderaan dijangka memasuki Kelantan menjelang sambutan Hari Raya Aidiladha pada Sabtu ini.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, jumlah itu dijangka melebihi bilangan kenderaan yang memasuki negeri ini semasa Hari Raya Aidilfitri lalu.

“Sebanyak lebih dua juta kenderaan dijangka masuk ke Kelantan sempena Hari Raya Aidiladha kerana perayaan tersebut juga jatuh pada musim cuti persekolahan.

“Orang Kelantan kebiasaannya akan pulang dan melaksanakan ibadah korban di sini.

\”Keadaan itu pasti menyebabkan kesesakan lalu lintas di kebanyakan kawasan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang akhbar selepas Program Townhall Ketua Polis Kelantan, Cakna Remaja: Elak Gejala Sosial, Bina Masa Depan di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Kampus Kota, Pengkalan Chepa hari ini.

Mohd. Yusoff turut memaklumkan, kawasan titik panas kemalangan sempena Aidiladha kali ini adalah sama seperti yang dikenal pasti dalam Ops Selamat sempena Aidilfitri lalu.

BACA JUGA:  Banjir Shah Alam: Lelaki maut, anjing turut mati akibat renjatan elektrik
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...