Tragedi UPSI: Mayat 13 mangsa nahas dibawa ke hospital Ipoh, dua lagi di hospital Gerik

KUALA LUMPUR – Mayat 15 mangsa nahas membabitkan sebuah bas yang membawa pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza di Jalan Gerik-Jeli dekat Tasik Banding di sini, telah dibawa ke dua hospital untuk proses bedah siasat.

Menurut maklumat, mayat 13 individu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh, manakala dua lagi dihantar ke Hospital Gerik.

Kejadian tragik itu berlaku sekitar pukul 1 pagi ketika bas yang membawa 43 pelajar dalam perjalanan dari Kelantan ke UPSI di Tanjung Malim, terlibat dalam kemalangan dengan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Seramai 13 mangsa dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian, manakala dua lagi menghembuskan nafas terakhir di Hospital Gerik.

Setakat ini, tujuh mangsa berada dalam keadaan kritikal (zon merah), 20 mangsa dalam keadaan stabil tetapi memerlukan rawatan rapi (zon kuning), dan 16 mangsa dalam keadaan baik (zon hijau).

Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut bagi menentukan punca sebenar kemalangan tersebut.

BACA JUGA:  Tragedi UPSI: Pemandu ada rekod 18 saman, bas 21 saman
Lailatul Qadrina
Lailatul Qadrina
lailatulqadrina@portalmyberita.com

TRENDING

DUN Johor dibubar, laluan PRN ke-16 bermula

JOHOR BAHRU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi...

Remaja hilang dekat Bukit Changkat Asa ditemui meninggal dunia lepas empat hari SAR

HULU SELANGOR – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja...

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...