Selebriti popular didakwa hari ini atas kes amang seksual terhadap remaja

PUTRAJAYA – Seorang penyanyi dan pelakon terkenal dijadualkan didakwa di Mahkamah Putrajaya hari ini atas pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan mengesahkan perkara itu dalam satu kenyataan dan memaklumkan bahawa arahan untuk menuduh selebriti terbabit telah diperoleh daripada Pejabat Pendakwa Raya Selangor pada pagi Jumaat.

\”Suspek akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017,\” katanya.

MYBERITA sebelum ini melaporkan bahawa selebriti berkenaan telah ditahan polis pada 3 Jun lalu berhubung kes amang seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan yang juga peminatnya.

Difahamkan, suspek dan mangsa mula berkenalan kira-kira dua bulan sebelum kejadian, dan perbuatan tidak bermoral itu terbongkar selepas ibu mangsa membuat laporan polis.

Kes ini mencetuskan perhatian ramai memandangkan status populariti suspek yang dikenali ramai dalam industri hiburan tanah air.

BACA JUGA:  Lori terbalik, trafik arah Seremban–Bandar Ainsdale sesak 16km
Ahmad Naufal
Ahmad Naufal
ahmadnaufal@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...