Nik Nazmi kekal letak jawatan, tegas keputusan demi mandat parti dan reformasi

KUALA LUMPUR – Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad menegaskan pendiriannya untuk meletak jawatan dalam Kabinet meskipun kerajaan masih memberi ruang untuk beliau menyambung tugas.

Dalam satu hantaran di Facebook hari ini, Nik Nazmi berkata keputusan itu dibuat demi sesuatu yang lebih besar, iaitu demi mandat parti dan agenda reformasi yang luas.

“Mandat parti adalah penting untuk reformasi luas. Memang saya ada pilihan untuk kekal, tapi pilihan saya adalah untuk letak jawatan,” katanya.

Beliau turut mengakui bahawa keputusan untuk meninggalkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) bukanlah sesuatu yang mudah selepas dua tahun berkhidmat.

“Saya menyatakan bukan mudah untuk meninggalkan NRES. Selepas dua tahun, saya anggap pasukan di NRES, jabatan dan agensi telah mencapai tahap ‘dream team’ – dengan komitmen, kebolehan dan kewibawaan yang luar biasa,” jelasnya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan bahawa tempoh cuti Nik Nazmi akan tamat dalam minggu ini, namun tiada keputusan muktamad dibuat ketika itu, dan kerajaan masih memberi ruang untuk beliau mempertimbangkan untuk kekal.

Namun, dengan pengesahan terkini daripada Nik Nazmi, beliau memilih untuk mengakhiri perkhidmatannya dalam Kabinet bagi memberi laluan kepada reformasi dan hala tuju politik yang diyakininya.

BACA JUGA:  TokTi syukur dapat bantu 10 ribu rakyat Palestin setiap hari
Jafnieza Jafri
Jafnieza Jafri
jafnieza@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...