KPT arah pelajar Malaysia di Iran segera tinggalkan negara, ekoran konflik semakin meruncing

NILAI — Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengarahkan semua pelajar Malaysia yang masih berada di Iran supaya segera meninggalkan negara itu susulan peningkatan konflik di rantau berkenaan yang kian membimbangkan.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Mustapha Sakmud berkata, setakat ini seramai empat pelajar Malaysia dikenal pasti masih berada di Iran, dengan tiga daripadanya menetap di Qom manakala seorang lagi di Isfahan.

“Kita telah kenal pasti empat orang pelajar. Dengan kerjasama Kementerian Luar Negeri (KLN), mereka diminta mendaftar dengan Kedutaan Malaysia bagi tujuan proses evakuasi,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Sambutan 25 Tahun Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) di Dewan Tuanku Canselor, di sini hari ini.

Jelasnya, aspek keselamatan menjadi keutamaan dan semua pelajar terbabit disaran keluar segera dari Iran bagi mengelakkan sebarang kejadian tidak diingini.

“Dari sudut keselamatan, mereka perlu keluar segera kerana kita tidak mahu perkara yang tidak diingini berlaku. Konflik di rantau itu kini berada pada tahap kritikal,” katanya lagi.

Tambah beliau, keluarga pelajar-pelajar berkenaan telah dimaklumkan dan KLN sedang menyelaras penerbangan pulang dalam masa terdekat bagi membawa mereka kembali ke tanah air.

Mustapha turut menggesa semua rakyat Malaysia lain yang masih berada di Iran supaya segera meninggalkan negara tersebut demi keselamatan masing-masing.

Sebelum ini, Kementerian Luar Negeri mengeluarkan arahan segera agar semua rakyat Malaysia di Iran pulang susulan situasi keselamatan yang semakin tidak menentu berikutan tindakan ketenteraan Israel terhadap Iran pada 13 Jun lalu.

BACA JUGA:  GSF2.0: Lima sukarelawan Malaysia bakal ke Eropah sertai misi bantuan Gaza
Aqilah Nadhirah
Aqilah Nadhirah
aqilahnadhirah@portalmyberita.com

TRENDING

Tiada unsur jenayah dalam tragedi Pelantar Sepat, punca sebenar masih disiasat – Polis

KUALA TERENGGANU – Insiden kemalangan di pelantar minyak Sepat...

31,600 jemaah haji Malaysia mula bergerak ke Arafah

MAKKAH – Suasana penuh tertib dan berdisiplin mewarnai pergerakan...

Arif Aiman tamatkan zaman bujang, sah bergelar suami kepada Aliah Natasha

JOHOR BAHRU - Pemain sayap Arif Aiman Hanapi kini...

JPJ tangguh sementara urusan tukar hak milik kenderaan ‘online’ mulai 25 Mei

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ) akan...

Linda Jasmine, Ratu tersingkir minggu keenam TTMM2

SHAH ALAM - Perjalanan pasangan Linda Jasmine dan Ratu...