Penyanyi, Zaleha Hamid meninggal dunia akibat jangkitan paru-paru

JOHOR BAHRU – Penyanyi dangdut era 1980-an, Zaleha Hamid, 65, menghembuskan nafas terakhir di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini, jam 8.30 malam tadi akibat jangkitan kuman pada paru-paru.

Berita duka itu disahkan suaminya, Ungku Sulaiman Ungku Aziz, yang memaklumkan Allahyarhamah telah dirawat di hospital sejak seminggu lalu.

\”Arwah sudah seminggu dimasukkan ke hospital. Awal pagi tadi keadaan arwah masih okay, tetapi mula sesak nafas sebelah petang.

\”Keadaannya mula nazak dan arwah menghembuskan nafas terakhir malam ini. Saya sempat mengajarnya mengucap,\” katanya ketika dihubungi pemberita.

Zaleha yang popular dengan lagu Dangdut Reggae, pernah menjadi antara penyanyi dangdut wanita terkenal tanah air pada era kemuncaknya.

Menurut Ungku Sulaiman, jenazah isterinya kini masih berada di unit forensik hospital dan urusan pengebumian belum diputuskan.

\”Kami belum putuskan sama ada nak bawa pulang jenazah ke kediaman kami atau rumah ibu saya,\” ujarnya lagi.

Tambahnya, awal bulan ini keadaan kesihatan Zaleha kembali merosot selepas mengalami kekejangan akibat kandungan kalsium berlebihan dalam otak, satu keadaan yang sama seperti selepas serangan angin ahmar pada 2019.

Allahyarham meninggalkan suami dan seorang anak hasil perkahwinan terdahulu.

Peminat dan rakan artis mula membanjiri media sosial dengan ucapan takziah serta mengenang jasa Zaleha dalam dunia seni tanah air.

BACA JUGA:  Pak Lah disemadikan di Makam Pahlawan esok
Aqilah Khaider
Aqilah Khaider
aqilahkhaider@portalmyberita.com

TRENDING

Janji nak bantu mekanik, tapi duit ‘gift’ TikTok pusing balik buat keluarga sendiri

KUALA LUMPUR - Niat murni seorang pemuda Cina untuk...

Nenek terlanggar ‘bumper’ kereta, tinggalkan duit RM206 dengan nota maaf

KUALA LUMPUR - Tindakan jujur seorang remaja meninggalkan wang...

Pelukis ‘tattoo’ dedah tolak pelanggan muslim, sanggup hilang untung

KUALA LUMPUR - Seorang artis tatu berbangsa Cina berkongsi...

Anak lekat nota untuk ibu sepanjang tunai haji, risau tengok bersendirian

KUALA LUMPUR – Kasih sayang anak-anak terhadap ibu terserlah...

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...