PM USM: Amirul Hakimi pengerusi JPMPP baharu, sedia kendali prk kampus telus, adil

SUNGAI DUA – Pelajar Tahun 2, Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Pengajian Pembangunan), Amirul Hakimi Mohd Kamel telah dilantik sebagai Pengerusi baharu Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) Universiti Sains Malaysia (USM) bagi sesi 2025/2026.

Pemilihan Amirul sebagai Pengerusi JPMPP dilakukan melalui undian dalam sesi Parlimen Mahasiswa Siri 2, di mana beliau memperoleh 39 undi, menewaskan dua calon lain yang turut bertanding.

JPMPP USM yang berperanan seperti Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berfungsi menguruskan proses pilihan raya kampus bagi memilih barisan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) USM setiap sesi.

Sebelum ini, Amirul pernah berkhidmat sebagai Ketua Jabatan Audit JPMPP bagi sesi 2024/2025 dan turut aktif dalam aktiviti kemasyarakatan sebagai Pembantu Exco Informasi dan Kerjaya Perkumpulan Mahasiswa/i Selangor dan Wilayah Persekutuan (PERMAS).

“Setiap ahli JPMPP perlu mengekalkan sifat neutral dan tidak berpihak kepada mana-mana calon atau kumpulan bagi menjamin integriti proses demokrasi kampus,” ujar beliau.

Amirul menyifatkan pelantikannya sebagai satu amanah besar hasil sokongan majoriti rakan-rakan dalam dewan mahasiswa.

“Saya bertekad memastikan pilihan raya kampus kali ini menjadi platform pembelajaran politik sihat kepada semua mahasiswa USM, selain meningkatkan kadar keluar mengundi berbanding tahun-tahun sebelumnya,” katanya ketika ditemui MYBERITA di sini, hari ini.

BACA JUGA:  Joging sambil kutip sampah? Ini cara unik Kampus Sejahtera USM bina kesedaran pelajar
Adam Hafiz
Adam Hafiz
adamhafiz@portalmyberita.com

TRENDING

Siti Nurhaliza terlibat kemalangan di lebuhraya MEX, cedera bengkak bahagian kaki

KUALA LUMPUR – Biduanita Negara, Siti Nurhaliza, terlibat dalam...

Adegan teater tidak selaras dengan skrip asal – UM

KUALA LUMPUR – Universiti Malaya (UM) memandang serius isu...

Walaupun hanya lakonan tapi ini dah melampau, teater universiti cetus perdebatan

KUALA LUMPUR – Satu pementasan teater di sebuah universiti...

Akaun palsu guna nama dan logo MYBERITA, orang ramai diminta berwaspada

KUALA LUMPUR - Portal berita MYBERITA memandang serius tindakan...

PMX balas hadiah duit raya dua beradik dengan iPad

TERENGGANU - Keikhlasan dua beradik yang menghadiahkan duit raya...